JOM BERKENALAN DENGAN AMINAH



AKU MENGENALI SEORANG PEREMPUAN. PEREMPUAN ITU AKU NAMAKAN SI DAMIA NATALIA KILAFIRY SURIHANI NEALOFA AMINAH. KENAPA SI AMINAH? SEBAB NAMA AMINAH CUKUP SESUAI DENGAN WATAK INI.


ASSALAMUALAIKUM
Rasa dah lama tak update blog, apatah lagi bercerita tentang seseorang.

aku mengenali seorang perempuan!!!!
Sejujurnya, perempuan itu yang dilahirkan dengan beberapa karenahnya.
sifat yang aku rasa DIA memang tak boleh nak control...

1. SENTIASA SENYUM

tiap kali bercerita, cerita sedih ke seram ke.........
dia akan senyum. mulut si AMINAH automatik senyum. apesal ekh jadi macam tu....
 bila waktu berkomen di facebook pon, DIA mengekpress kan gelaknya dengan bersungguh-sungguh.... kalau orang lain, mungkin sekadar "HAHA"......tapi si AMINAH mesti macam ni "HAHAHAAHAHAHAHAHA".........
punya panjang dia gelak.
 so, cukup senang untuk orang kenal dia if dia takde mood or sedang bermasalah. but, ade jugak yang dah terbiasa berlawak bodoh ngan dia.dah tak consider tentang hati dan perasaan AMINAH. tapi AMINAH tetap steady!

aku beranggapan, AMINAH akan hilang moodnya diwaktu dia menghadapi simptom-simptom period.so perkara lawak pada waktu itu juga akan diambil serius. tapi sekali lagi aku silap, AMINAH bukan macam tu............

2.  MANJA PENDIAM

 mungkin mendiamkan diri bagi si AMINAH lebih baik dari dia bercakap banyak.
jangan tiru cakap orang tua. DIAM-DIAM UBI BERISI.
sebab apa, kata-kata itu takut akan disalahertikan.
maklumlah orang perempuan........... bab berisi aku rasa cukup sensitif. bukan sebab PREGNANT tapi sebab berat badan yang semakin membebankan.shit!.
tapi aku minta, untuk semua........ mind set bahawa AMINAH seorang yang kurus kering. metabolism terlalu tinggi..... untung siapa dapat si AMINAH.hahahahaahah ( tengok, aku pun dah terikut-ikut gaya si AMINAH, sikit-sikit gelak)

3. PEMALU

AMINAH pemalu????????????
kenapa tidak.?
sepanjang aku mengenali AMINAH, aku perasan yang dia sangat pemalu.
kadang-kadang dia malu dengan diri sendiri. yang semakin hari dia semakin lupa tanggungjawabnya dimuka bumi ALLAH.
DOAKAN untuk AMINAH tidak terus hanyut dengan hidupnya yang orang putih cakap
"this is sangat melalaikan"

4.BERSUARA JANTAN

kenapa dengan suara AMINAH. Suaranya cukup garang....suara yang sering dijadikan bahan gurauan oleh teman-teman, mahupun lelaki itu,yang AMINAH gelarkan lelaki bermirip wajah AARON AZIZ  RAMLI YUSOP....memang betol.dari kecil AMINAH sukakan suara-suara yang penuh kejantanan. suara lagenda bintang-bintang Gangster.!

5. SABAR

soalan : bulatkan pilihan jawapan dibawah yang bersesuaian dengan karakter AMINAH.
i : Kurang sabar bab-bab kerja
ii: meninggikan suara bila tak sabar
iii: akan bersabar bila ada yang menenangkan
iv : mensabarkan diri dengan mendiamkan diri dan golek2 atas katil
v : cukup bersabar ngan lagu hampeh "sudah cukup sudah" dari kumpulan indon agaknya

sepanjang aku mengenali AMINAH, aku rasakan semua pilihan diatas bersesuaian dengan beliau.

6. MENGGIGIL/ SHAKING

 Keistimewaan AMINAH ialah dia mengalami satu simptom yang cukup istimewa iaitu AMINAH akan shaking bila ada orang yang melihat setiap perbuatannya.....( istimewa lah sangat kan). 
sebagai contoh: tengah makan pelam, ada orang tengok......AMINAH akan menggigil.

7. KALAU BERCERITA MESTI NAK BERSUNGGUH-SUNGGUH

kalau bercerita, bukan setakat mulut je.... dengan tangan kiri-kanan keluar...bunyi ketawa pon pelik, tersekat-sekat.....hurmmmm.biarla dia....dah AMINAH memang macam tu nak buat macam mana. ( kali ini je AMINAH, aku backup kau, lain kali jangan harap!!)


8. PANTANG-LARANG HIDUP AMINAH

yang ini paling penting:
a) orang lembab ( lembab tak kena tempat)
b) makanan yang manis, masin.
c) jangan cakap macam bagus dengan AMINAH. dia cepat rasa mual!
d) orang banyak beralasan.padahal ada satu je alasan iaitu MALAS
e) ........................................................................aku penat nak tulis banyak-banyak ( aku bukan malas tau AMINAH)

apa agaknya kesudahan cerita hidup AMINAH. masih adakah dirinya dalam hati insan-insan yang beliau sayangi.
- perkara yang kalian perlu tahu tentang AMINAH. diam tidak bermakna menyampah. dia diam bila rasa tiada perkara untuk dibual panjang.
- AMINAH tidak pandai menunjukkan kasih-sayang.
- AMINAH tiada filem, muzik, drama,lagu, penyanyi, pelakon yang menjadi kegemaran. sapa yang nyanyi sedap AMINAH suka, pandai berlakon AMINAH puji, siapa yang handsome angkat tangan AMINAH nak tengok!!!.:)


akhir sekali, aku wakilkan AMINAH nak cakap..... AMINAH sayang semua orang yang hadir dalam hidup
beliau dan tidak pernah buat masalah dengan beliau. agak-agak siapa yang pernah buat masalah dengan AMINAH or AMINAH yang buat masalah.AMINAH mohon maaf.!. tengkiu.

*tolong sikit ekh, aku takde masa nak berlakon bawak watak AMINAH.

yang benar,
 MARIAM KHALID
Seorang pelakon yang berbakar besar, pernah memegang watak AMINAH dalam sebuah telemovie yang bakal ditayangkan pada 4 July 2012.


 
 kekuatan hati bukan macam kekuatan vokal. undang-undang vokal
kau boleh langgar dalam audition akademi fantasia, undang-undang hati??..... 
- Mariam, bab 2, page 16.









No comments:

Post a Comment